
DTA merupakan Akademi kedua yang ditubuhan oleh kaum bumiputera di Malaysia selepas Akademi Taekwondo Sabree.Diasaskan oleh Sharifudin Mamat, DTA mula ditubuhkan pada bulan April 2001 bertempat di Dewan MBSA Taman Subang Perdana. Dengan 5 jurulatih kanan dan 10 jurulatih bertauliah, DTA semakin berkembang pesat.Kini, DTA sudah memiliki lebih 250 pelatih di 12 cawangan tetap di sekitar Lembah Klang selain Tanjung Malim, Perak. DTA yang berdaftar dengan Persatuan Taekwondo Global Malaysia (MGTF) dan bergerak di bawah peraturan Pesuruhjaya Sukan Malaysia, kini dianggap sebagai antara akademi taekwondo yang cukup disegani kerana berjaya melahirkan ramai atlet taekwondo yang berbakat. Menurut Sharifudin, matlamat utama penubuhan DTA adalah untuk memberi pendedahan kepada penduduk setempat mengenai seni mempertahankan diri selain sebagai platform untuk melahirkan lebih ramai pelapis-pelapis atlet taekwondo di masa hadapan.
Petikan dari KOSMO.










